Pages

Advertise

BERITA BARU

Thursday, September 29, 2011

Pembentangan Bajet 2012 7 Okt ini- Adakah berita baik untuk kakitangan kerajaan ...bonus dan kenaikan gaji...........

PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2012, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Okt, 2011, adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.
Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, katanya.
“Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi kenyataan,” kata Perdana Menteri pada ucapan pembukaannya pada Perundingan Bajet 2012 di sini hari ini.
Najib berkata, usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar.
“Kita perlu bangkit dan meyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Beliau berkata tumpuan adalah untuk melaksanakan usaha transformasi ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.